Friday, 11 October 2013

Anda Telah Meraih Hadiah Percuma RM19,000 Dari Shell Helix Itu 1 PENIPUAN

Silap Dari Aku Atau Aku Yang Tidak Berfikir Panjang


Pada 10/10/2013 10:30 am aku mendapat mesej sampah ini :

RM0. Promotion's Tahniah sim kad Anda Tlh Meraih Hadiah Percuma "RM 19,000.00" dari SHELL HELLIX No Reg(552299) Sila Call di Talian 0128374110

From +60128613287

Saya tidak berfikir panjang, saya terus membuat panggilan , apabila membuat panggilan seorang lelaki loghat Indonesia, wakil syarikat mengatakan saya pelanggan bertuah lalu meminta nombor akaun bank bagi mendeposit wang berkenaan.

Mulanya saya ragu kerana dialek percakapannya tidak seperti rakyat tempatan, namun selepas terpedaya dengan meyakinkan dan tanpa bercakap panjang saya terperangkap dalam penipuan itu dan saya memberikan nombor akaun. 

Kata pesms itu dia menyuruh saya pergi ke bank untuk melihat baki yang saya perolehi tetapi ternyata tiada perubhan, saya membuat panggilan kepadanya dan dia memberi tahu cara2 untuk mendapatkan duit itu, pada mulanya cara yang diberi tahu tertera pada bank untuk saya menambah duit sebanyk Rm1000 untuk meneruskan transaksi itu, dgan tidak berfikir saya memasukkan Rm1000 dan telah membuah pindahan kepada meraka sebanyak RM998.77.

Kemudian dia berkata duit bernilai RM 19000 akan aktif dengan membuat panggilan kepada kepada Dato Mohd Nisan Bin Abdul Ghani. setelah saya membuat panggilan dia menyuruh saya menambah lagi wang ke dalam bank sebanyak RM2000 dan membeli topup Maxis sebanyk RM180 dan memberi number pin kepadanya tanda pengaktifan dalam masa 15mnt. saya dah tidak berfikir panjang dan mengikut shaja kehandaknya. 

Apabila saya tunggu selama 15 mnt dia memberitahu pemindahan duit telah berjaya, tetapi sistem sekarang tengah oflfine kerna pada masa itu jam menujukn pukul 5.22 pm. pesms itu menyuruh sya melihat baki wang itu pada keesokan harinye pada pukul 9 am. Apabila sya pergi dan melihat baki, langsung tiada penambahan malah terus berkurang..

Tetapi dalam saya sedang mengikut kehendak penipu itu, mmg Allah nk tunjuk kpada saya yang itu 1 penipuan , sebab semasa dalam perjalanan saya menuju ke bank saya nyaris2 kemalangn tetapi terselamat, dan setelah saya samapai ke bank untuk memasukkn duit, mesin deposit mengalami kerosakn, tetapi tidak thu bagaimana semua itu saya cuba mencari jalan untuk membolehkanya... Dan ternyata sy telah termakan umpan apabila sms yg di kirim itu adlah stu penipuan dan sya telah rigu sebanyak RM3580.00 dan sebarang wang sebanyk RM19000 tidak di prolehi saya... dgn mudah saya memberi kepada penipu itu .... 

1 comment:

  1. saya telah membuat laporan kepada SKMM berkenaan no hp ni dan ini maklum balas dari pihak SKMM.

    Tuan/Puan,


    Terima kasih kerana menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


    Setelah diteliti, kandungan SMS yang diterima tuan/puan adalah menjurus kepada cubaan penipuan yang dijalankan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

    Sebagaimana pihak tuan/puan sedia maklum, SMS sebagai medium perantaraan untuk berkomunikasi boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk yang salah disisi undang-undang. Oleh itu, umum adalah dinasihatkan untuk meneliti terlebih dahulu kesahihan dan mempertimbangkan kewajaran kandungan tersebut, memadam terus SMS-SMS seumpamanya, tidak memberikan sebarang respon kepada penghantar SMS tersebut atau mendedahkan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang diragui kesahihannya.


    Selain itu, laporan polis boleh juga di buat sekiranya ianya adalah disyaki menjurus kepada aktiviti penipuan yang mana boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan. Pihak MCMC sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak polis sekiranya diperlukan bantuan di dalam penyiasatan mereka berhubung perkara ini.

    Adalah dimaklumkan, pihak MCMC turut mengajukan aduan ini kepada pembekal perkhidmatan selular terbabit untuk tindakan penyekatan nombor talian yang menghantar sms penipuan tersebut dan juga akan mendapatkan pengesahan daripada pihak Shell berkenaan laman web tersebut. Pihak MCMC akan terus memantau dan bekerjasama dengan pembekal-pembekal perkhidmatan selular dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai aktiviti-aktiviti penipuan yang boleh dilakukan melalui perkhidmatan ini.


    Sekian, terima kasih.


    Yang Benar,

    Siti Khadijah Hasnan
    Biro Aduan Pengguna
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
    63000 Cyberjaya, Selangor

    ReplyDelete